Technician kami melakukan pemeriksaan terhadap komputernya. Didapati masalah berpunca dari RAM. Technician kami cuba melakukan servis pada RAM tersebut. Namun masih tidak berfungsi. RAM tersebut perlu ditukar. Jika tidak ditukar, komputer akan tetap tidak menghasilkan apa paparan dan sentiasa mengeluarkan bunyi beep. Tentu beliau dimarahi bosnya jika dokumen tersebut tidak dapat diserahkan.
Technician kami menggantikan RAM lama dengan yang baru. Tempoh untuk menukar RAM mengambil tempoh 1-2 hari bergantung kepada stok barang gantian tersebut. Harga ditawarkan serendah RM80 mengikut jenisnya.
Pelanggan kami terlampau gembira kerana beliau kini boleh mendapatkan dokumen yang diperlukan dalam mesyuarat nanti. Komputernya sekarang dapat berfungsi semula dan lebih cekap kerana kapasiti RAM yang digunakan lebih besar.